Tuesday 20 November 2012

Hari Graduasi Pra Universiti 2012

Pada 20 Oktober lalu, berlangsung majlis graduasi pelajar PraUniversiti SMK Kuala Penyu. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini telah berlangsundalam suasana yang amat meriah di Binsulok Resort. Syabas dan tahniah diucapkan kepada guru-guru khususnya guru-guru yang mengajar di tingkatan 6 dan guru lain yang telah banyak membantu iaitu cikgu Wani, cikgu Wahid, cikgu Saidin & cikgu Abdullah. Tahniah juga kepada Jacinta, Redzuan dan Zainul yang telah mendapat anugerah pelajar contoh dalam bidang kualiti masing-masing. Kepada semua warga SMKKP yang terlibat dalam menjayakan Hari Graduasi ini, jutaan terima kasih diucapkan dan semoga kecemerlangan tetap menjadi milik kita bersama.